Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

Innalilahi, Khabar Duka dari Penyanyi Terkenal Ziana Zain hari ini Telah Meninggal Dunia Si...(Baca Artikel Penuh)

Ibu saudara Anuar dan Ziana Zain meninggal dunia

KUALA LUMPUR: Penyanyi terkenal, Ziana Zain memaklumkan berita duka ibu saudaranya, Rokiah Abdul telah menghembuskan nafas terakhirnya petang hari ini.

Penyanyi popular Putus Terpaksa itu berkongsi khabar sedih yang diulang siar daripada adiknya, Anuar Zain menerusi Instagramnya sebentar tadi. Pun begitu, sebab kematian tidak dinyatakan.

“Semoga Allah mencucuri rahmat ke atas rohnya dan ditempatkan bersama orang-orang yang beriman,” coret Ziana Zain dengan tanda pagar sayang Mak Itam.

Sebelum itu, penyanyi Bila Resah menerusi Instagram Story memohon orang ramai dan peminatnya mendoakan buat ibu saudara tersayang.

“Mohon hadiahkan Al-Fatihah. Telah kembali ke rahmatullah sebentar tadi. Semoga Allah SWT ampuni dia, luaskan dan terangkan rumahnya, serta ditempatkan di kalangan orang-orang beriman.

“Masukkan dia di dalam Syurga-Nya tanpa Dihisab. Terima kasih semua di atas doa-doa sebelum ini. Allah SWT sahaja yang membalas kebaikan anda semua,” akhirnya. 

noreply@blogger.com (Semasa Berita Kini)